Nah CokI-Coki CikGu Bagi..!!

AnAk mUriD yG ComEl2..!!~

Sunday, February 5, 2012

:: SALAM MAULIDUR RASUL::



SALAM MAULIDUR RASUL 1433H

Kita selalu berbangga menjadi MUSLIM..?
Kita sering kali alpa bahawa kita ISLAM..?
tapi sejauh mana ISLAM dan MUSLIM kita..?
cukup sekadar kata...?
terhad kepada perawakan yang menjadi mainan mata..?
atau sekadar ISLAM di atas pena..?
tepuk dada tanya iman dan jiwa..?
namun...
biar kita jadi diri sendiri..
xperlu berlakon mengubah kancah dunia..
akhirat yang dinanti..
asalkan ISLAM dihati..
MUSLIM tetap dirai..

Katakanlah :

ALLAH tuhanku..!!
MUHAMMAD nabiku..!!
ISLAM agamaku..!!
Al-QURAN ikutanku..!!

sunnah terbesar RASULLULLAH s.a.w ialah SOLAT..!!

sabda baginda RASULLULLAH s.a.w :
"Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat".


Benarkah kita CINTA kepada ALLAH..??
tapi bagaimana pula pembuktian CINTA kita kepada RASULLULLAH s.a.w??


ALLAH subhanahu wata’ala telah berfirman di dalam al-Quran tentang pembuktian cinta kepada ALLAH adalah dengan mengikuti segala suruhan dan perintah yang disampaikan oleh Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam:


قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ

اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah ke-3, ali-Imran: ayat ke-31)