Nah CokI-Coki CikGu Bagi..!!

AnAk mUriD yG ComEl2..!!~

Sunday, February 2, 2014

adab yang biadap..!

ADAB dan BIADAP...sekali tengok macam sama..dab dan dab...tapi berbeza..maksud dan frasa...adab dimulai dengan A.... B huruf mula bagi BIADAP.. bila tengok pon kita dah tau...A dihadapan..B dibelakang..!! Org yang ada Adap selalu kedepan.. orang Biadap nun jauh tinggal ke belakang...>>>>

Ini bukan propaganza atau rancangan meletop nak hebah2 untuk tontonan umum..bukan gosip artis mahupun selebriti..tapi...ini realiti...masyarakat kita yang penuh dengan ADAP  barangkali ada sesetengah yang BIADAP..

anda tentukan..

ADAP ATAU BIADAP?
=> wanita hamil masuk train..kita buat2 bodoh je..ada yg buat2 tidur..dan ada buat2 mcm xwujud je wanita        tu..!!
=> orang tua nak lintas jalan...kita lagi hon2..!!
=> kita bising2 bila ada orang datang minta sedekah kat kita...!!kalau xnak bagi..senyap sudah...
=> kita nampak tong sampah...tapi kita bodoh..buang sampah merata-rata..!!
=> kita minta tolong kat orang..the end of the day..kita kutuk dia..ada patut?
=> rasa nak hisap rokok...main bedal je hisap rokok merata-rata..walhal kita dah nampak zon dilarang              merokok!!
=> kita lalu jalan 1 lorong yg jem...tapi sbb rasa ada biADAP, kita pintas semua kereta dan lalu lorong              kecemasan...kenkonon kita hebat!!
=> masa shopping atau semasa sedang queue..kita potong baris dengan cara cari orang yang kita kenal..dan       tolong minta dia bayarkan..!!
=> selepas makan...kita sepah-sepahkan makan tu atas meja..dengan harap///waiter tu akan                               kemaskan..alasan...kita bayar service tag..!!


SEBENARNYA BANYAK LAGI PERKARA YANG KITA BOLEH KATEGORIKAN DIA ADAP MAHUPUN BIADAP..!! KADANGKALA..KITA PERNAH LAKUKAN SEDEMIKIAN RUPA..
TAPI...TAK SALAH..BILA KITA CUBA BERUBAH DAN TERUS BERUBAH..!!

"berjaya bermakna kita terus bergerak..dan pabila tiba saat berhenti..rehat seketika..melihat apa yang terjadi dan perbaiki untuk menokok apa yang kurang..jangan sesekali terus berhenti dan mengundur kembali...itu petanda gagal menanti" -muhammad zulhelmi 2014-







Thursday, January 9, 2014

Bila ajal Menjemput


"Lailahaillallah muhammadarasullullah"...
tiada tuhan selain Allah..dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah...

katakanlah wahai anak adam...
apabila malaikat Munkar dan Nakir menyoalmu..


Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
maka jawablah kamu....


Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

saat talkin itu dibaca..air mataku mula bergelinang..entah kenapa dan mengapa...seperti mahu mencurah dan berterabur menjadi manik-manik mutiara yang bercucuran..hati ini tiba-tiba sayu dan hiba..takut dan sedih berbaur.. melihat jenazah dikebumikan..teringat akan rakan-rakan yang telah pergi terlebih dahulu.

bilakan saat aku akan tiba?
bagaimana caranya aku dijemput?
sakit?
pedih?

persoalan-persolan ini muncul tatkala mata terus melihat jenazah dikebumikan..beristigfar dan terus beristigfar..sambil-sambil mulut ini berdoa kepada Tuhan yang esa agar jenazah tersebut ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,,.

nauzubillah...
janganlah engkau tarik nyawaku dalam keadaan yang memalukan ya ALLAH..biarlah aku mati dalam agamamu ISLAM.. sudahilah nafasku dengan kalimat sucimu..lailahaillallah muhammadarasullulah..pejamkanlah mataku disamping orang yg aku sayang...cabutlah rohku dengan manisnya senyuman para anbia..tempatkanlah aku dalam kalangan para syuhada..

kalaulah itu ajalku yang tertulis olehmu di luhmahfuz...aku terima dengan redha..
terima kasih berikan aku bernafas dimuka bumi mu untuk aku pengenal dirimu..merasai nikmatmu..
mencintai keagunganmu...alhamdulillah....

Thursday, January 2, 2014

::akhir dan mulanya cerita::

Tahun 2013 sudah melabuhkan tirainya..ahlan wahsalan wamarhababikum ila tahun 2014... banyak kenangan dan cerita suka duka dalam menjadi seorang hamba ALLAH yang penuh kedaifan mencari sinar hakiki. Penghujung 2013 juga membuka lembaran baru untuk saya lebih  memperbaiki diri mencari kekuatan dan ketenangan supaya bertambah maju dan cemerlang.. Siapa yang tak mahu cemerlang kan?
Pengalaman dan ilmu yang ditimba sepanjang 2013 banyak memberikan inspirasi dan motivasi untuk saya perkembangkan dan dikongsi bersama orang-orang tersayang.

Berakhirnya 2013 bererti bukan penghujung titik nokhtah tapi dengan bermula 2014  membawa seribu satu permulaan kepada berjuta-juta impian dan harapan. Bercakap pasal harapan dan impian...ni dah masuk 2014..azam korg semua dah termakbul ke...atau hangat2 tahi ayam je buat azam...xpon azam lps qada bawak tahun ni??hihi..

banyak jugak azam saya yang masih berbaki...sangat dan tersangat banyak..tapi..azam tahun ni buat saya semakin bijak mengatur dan menyusun azam2 baharu..sebab dulu masih budak-budak lagi..perangai dan pemikiran pon masih cetek...tapi itu tak bermakna saya ni mudah dipijak-pijak..

banyak dan semakin banyak untuk saya kecapi tahun 2014...tapi akan saya perlakukan satu demi satu..orang cakap...step by step la..mne boleh terus dapat semua kn? korang pulak ada buat wishlist untuk 2014 tak?

JOM TRY USHA AZAM SAYA BUAT TAHUN 2014 >>(manalah tahu sama dengan azam kamu semua)<<
1. jadi muslim sejati (jaga solat..puasa sunat...baca alquran hari2)
2. cuba jadi diri sendiri dan sentiasa bermanis muka.
3. Travel over the world
4. beli Iphone
5.belajar lebih menghargai kawan
6. target 4 flat exam
7. simpan duit dan tak boros
8. kurangkan bershopping
9. dapatkan kamera DSLR
10. kurangkan bercakap benda2 lagha